Wednesday, 1 June 2011

Ouchh!! Pelik ke weird??

woot...woot
ah...haa!! jangan tekezut..dizaman serba canggih kini...
mmg banyak fashionista dan arkitek yg sangat lah 
kehilangan idea yg relevan..
QC nk share ngan uols 3 pitcha yg sangat menarik 
tapi xberape nk teruja..haha..c ya!!
1st pitcha:
ni QC paling menyampah..seluar tu dah penuh sangat ke zip
sampaikan lidah nak dizipnye..amboii!!
baju dok terdedah sana sini xmo di zip..tang lidah 
pulak nk di zipnye,
canggih sungguhlah teknik piercing zaman sekarang kan..ish33

2nd pitcha:
okaii yg ni lagi best..kepada wanita yg dah 
sangatlah bosan ngan fesyen bra yg mcm mangkuk sahaja..huh!boleh cube yg baru..
even nampak kepala babi..tapi sangatlah fashionista dan 
juga selesa dan lembut dipakai..
sesuai untuk majlis kenuri kendara dan pesta harijadi..haha!!week!

3rd pitcha:
haaa...yang nie memang stail lah!!
idea arkitek yg sangat gile "skodeng"..haha
pic ni diambil di china oleh sapa pun xtau..tapi mmg menarik
bg QC...sambil bersantai duduk..bolehlah kite "cuci" mate tengok "bum" org..haha colorful lg..

JadI hope sangatlah Kat MALAYSIA tercinta ni xde fashion sebegini rupe...happy enjoy!!c ya!!

Tuesday, 31 May 2011

Tarikh keramat???

woot...woot
Assallamualaikum w.b.t
harinih 31st may..hmm tarikh ni cukup memberi makna dan kesan nostalgia dalam hidup QC,
dah macam stesyen radio klasik nasional dah
"Segalanya disini Mengamit Memori"..haha
gelak...gelak jugak...ketawa pun same jugak...tapi kalau uols nak tau tarikh 31 May ni 
sangat lah QC geruni atau takuti...setiap tahun mesti QC dan keluarga akan berhati2
selagi ADO!!seperti pepatah "BE CAREFUL"
tau x knapa QC takot sangat??..haaa kalau uols nak tau
pada 31/5/2005 jam >1.45p.m<  QC menunggang motosikal ke rumah saudara bersama membonceng mak QC yg tersayang..sedang asyik menunggang,tetiba QC terlanggar lah kereta di jalan raya yg besar..adeh!!
patah due tangan QC ni..terasa sengal sehingga kini...waaa QC dah x bole jadi POLIS dah!!huhu
so itulah ceritanye...QC ingat ok lah dah xder ape2..then sampai lah next year nyer..

pada 31/5/2006 jam >2p.m< QC bersama adik2 menaiki kereta yg dipandu oleh mak ingin menuju ke jalan yg hendak dituju lah,tiba di satu highway utara-selatan..kereta yg dipandu mak
dirempuh atau dilanggar TRAILER SIMEN yg kosong dan laju melanggar kereta kami dr tepi..
maka terjadilah kemalangan yg sangat ngeri...sehingga kereta mak terpaksa "TOTAL LOST"
kerena teruknye keremukanye..tapi alhamdulillah..QC bersyukur sangat pd ALLAH s.w.t b'coz 
kami semua selamat tanpa sebarang kecederaan 
mental mahupun fizikal..
disebabkan kejadian yg terjadi berturut2 tu lah membuatkan QC
jadi gabra or takot dengan 31 MAY..
ishhh...ishh..ishh itulah kaedahnye..
tahun berlalu demi tahun alhamdulillah tiada ape yg berlaku sehingga 31 may harinih..tapi QC akan sentiasa berwaspada sepada padanya...huhu
itulah kisahnye..
...alkisah...

Ape2 pon kite mestilah sentiasa percaya kepada qada & qadar serta sentiasa mengigati allah kemana pun kite pergi..insy'allah...

Monday, 30 May 2011

Khurafat @ Kebetulan

Woot...Woot
bile QC dok belek2 gambar yang ditag oleh kawan2 kat FB, QC terjumpe gambar2
tentang rahsia disebalik nama,
rahsia disebalik tarikh lahir,
rahsia disebalik bulan kelahiran & etc..
QC bukan ape...QC cume terkilan & terkedu dengan sikap kawan2 QC yg kadangkala
atau lebih persis lagi >80%< dr diorang yg taksub dan percaya tentang rahsia2 tersebut..
QC bukan ape..cube lah uols fikir sejenak, dalam zaman yg mencabar minda ni..ish3 banyak sangat bende atau strategi utk menjahanamkan pemikiran remaja & merosakkan akidah mereka..termasuk lah QC..
ah...ha!! jangan xpercaya..semua ni boleh menyebabkan kite semua menjadi khurafat kepada Allah S.W.T..
QC bukan lah nk menyalahkan mereka yg "kais pagi makan pagi" menyelidik & menkaji semua ni,
mereka tu mmg lah selidik & menkaji..tapi kite sebagai pengguna ni harus berfikir sebelum bertindak..
amboiii!! jangan sewenang2nye percaye ok!!
so renung2kan artikel ni ya!!

Auto-hide: on
BERKHURAFATKAH KITA ?
Oleh : Us. Abd Rashid b. Abdul Halim, UniKL-MSI, Kulim, Kedah.
Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah yang bermaksud:
 
“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala- galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 ) 

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidak ada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar ( seperti yang dipercayai ).”
 
Perkataan khurafat membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.

Lebih jelas lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan/mudarat kepada seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang maha suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti, kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidak mengandungi sebarang unsur kebenaran.
 
Amalan khurafat yang telah berlaku sejak zaman jahiliyyah sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliyah, mereka yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik, tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan menangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Pada zaman kita ini, ada juga bermacam khurafat antara amalan memuja dan meminta sesuatu dari kuburan atau keramat (amalan ini berlaku dengan hebatnya di sebuah pulau di Melaka), percaya kepada batu, kayu, tangkal dan sebagainya jika digunakan akan mendatangkan sesuatu yang baik dan menghindarkan yang buruk dan banyak lagi contoh yang telah dinyatakan sebelum ini dalam banyak penulisan, ceramah dan sebagainya.
 
Kita, sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan kebaikan dan berada dalam keredhaan Allah mestilah menjauhi perkara-perkara khurafat, kerana amalan khurafat adalah syirik dan merosakkan iman serta dosanya tidak diampunkan. . Firman Allah yang bermaksud :
 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. Al-Nisa 48.
 
Marilah kita bersama-sama menilai, meneliti dengan bimbingan sumber/rujukan Islam yang sah dalam perkara-perkara baru yang tidak jelas kebenarannya, atau banyak keraguan mengenainya, bagi menyelamatkan dari bahaya dan kerosakan khurafat.

Contoh: Rahsia & sifat pada NAMA

Contoh: Rahsia pada BULAN KELAHIRAN


p/s: Uols renung2 kan lah ye!!

Sunday, 29 May 2011

Ertinya si QasehCamar

beRcita2 meNjadi NGo yang bEbaS bersuare & lantang memberi pendapat serta menjadi contoh baik kepada followers 
itulah ertinye camar..
Menegakan keadilan serta memberi tunjuk ajar
dan juge menabur bakti 
sambil berkongsi kaseh dengan mereka yg seiring serasa
"bagai menabur benih di pesisiran pantai" 
sangat lah sia2 kerana tiada hasilnYe..
jadi Qaseh mempunyai erti yg tersendiri..
Qaseh kepada ALLAH S.W.T
Qaseh Kepada Rasul
Qaseh kepada ibubapa
Qaseh kepada si Cinta
Qaseh kepada sahabat
Qaseh kepada semua hidupan
itulah 
QasehCamar
Qaseh yang suci bukan lah qaseh yg mementingkan diri sendiri..so AVOID it!!
p/s:
jadi QC hopE saNgat uOls enjOy while ReadinG my BloG...